Kod Etika Perniagaan AmanahRaya
Objektif untuk mengadakan Kod Etika Perniagaan AmanahRaya (dirujuk sebagai ‘Kod Etika’) adalah untuk menyokong Visi dan Misi AmanahRaya serta 5 Nilai Teras dalam AmanahRaya. Kod Etika ini bertujuan untuk menggariskan kelakuan yang boleh diterima dan tidak boleh diterima kepada seluruh warga kerja organisasi dalam menjalankan urusan organisasi.
Sebagai sebuah Syarikat Milik Kerajaan (Government Owned Company) yang mempunyai Unit Pematuhan & Intergriti, kewujudan Kod Etika adalah penting untuk menyokong dan memandu usaha ke arah mengenal pasti dan menyelesaikan isu etika yang mungkin dihadapi semasa menjalankan operasi harian AmanahRaya.
Setiap orang yang tertakluk kepada Kod Etika ini mestilah mematuhi semua undang – undang yang dikuatkuasakan dan bertanggungjawab mengetahui undang – undang itu serta kandungan Kod Etika ini.
- Kami memastikan kecekapan operasi dan keuntungan adalah setara dengan pesaing dalam industri yang sama.
- Kami menawarkan perkhidmatan profesional, terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan.
- Kami berusaha mewujudkan budaya kerja dan persekitaran yang memberi inspirasi kepada peningkatan prestasi tenaga kerja.
- Kami memenuhi keperluan pelanggan dengan menawarkan penyelesaian menyeluruh dan berinovasi.
- Kami komited dalam mengekalkan keupayaan dan kedudukan sebagai peneraju dalam perkhidmatan pengurusan pewarisan.

