Pelan Integriti AmanahRaya

Objektif:

  • Untuk sentiasa menambahbaik budaya profesional dan integriti di AmanahRaya
  • Untuk mengelakkan sebarang kejadian salah laku dan rasuah
  • Untuk memastikan integriti dan ketelusan AmanahRaya diterapkan di dalam aktiviti harian melalui elemen kejujuran, kecekapan dan kebolehpercayaan

Pelan ini tergunapakai kepada:

  • Semua warga kerja AmanahRaya termasuk staf anak syarikat AmanahRaya
  • Individu yang terlibat dalam kontrak bagi perkhidmatan; atau
  • Individu yang berkait dengan syarikat bagi sebarang aktiviti

Pelan Berintegrasi dan Komprehensif
Pelan ini merupakan sebahagian daripada proses perubahan terkini. Ia berlandaskan mekanisma sedia ada dan berhubung kait dengan pelan, polisi dan proses iaitu termasuk;

  • Pelan Strategik AmanahRaya
  • Pelan Perniagaan Tahunan AmanahRaya
  • NIlai-nilai Bersama AmanahRaya
  • Tanggungjawab Sosial AmanahRaya
  • Pematuhan Tadbir Urus Korporat
  • Laporan Tahunan AmanahRaya

Pelan Integriti AmanahRaya (ARIP) merupakan pelan tindakan integrasi dan komprehensif yang dapat dilihat melalui keterlibatan secara menyeluruh warga kerja AmanahRaya. Pendekatan integrasi dan penggunaan kepelbagaian stategi adalah diperlukan bagi mengurus integriti.

Akreditasi
 
5650
 
 
The BrandLaureate Awards - The World’s Best Brands for Amanah Raya Berhad.