Akaun Amanah membantu anda menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang tersayang.
Ia boleh dibuka oleh mana-mana individu atau pertubuhan korporat bagi manfaat penerima yang dihajati seperti penerima bawah umur, orang kelainan upaya dan bagi sebarang tujuan kebajikan dalam tempoh tertentu.
 
Pelantikan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah berperanan untuk melaksanakan hasrat seperti yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah. AmanahRaya menawarkan pelbagai jenis Akaun Amanah yang bersesuaian mengikut hasrat anda seperti Amanah Institusi, Amanah Safecare, Amanah Hartanah dan Amanah Kebajikan.
Bergantung kepada keperluan anda, anda mungkin memerlukan salah satu dari Akaun Amanah berikut. Namun, sebelum membuat sebarang keputusan, dapatkan khidmat nasihat daripada AmanahRaya supaya anda dapat membuat pilihan yang terbaik :

Amanah Institusi

Mana-mana institusi syarikat atau organisasi awam seperti kesatuan pekerja, badan kebajikan, koperasi, yayasan dan pengurus tabung persaraan boleh menubuhkan Akaun Amanah Institusi untuk manfaat penerima yang dinamakan.

Amanah Safecare

Seseorang individu boleh membuka Akaun Amanah Safecare untuk penerima yang ditentukan sendiri olehnya bagi tujuan dana pendidikan, sara hidup atau seumpamanya.

Akaun Amanah Lain

  • Standard Amanah Biasa
  • Amanah Terus
  • Amanah Hartanah
  • Amanah Kebajikan
Hubungi kamiBROSUR AMANAHSoalan LazimSoalan Lazim Penamaan Amanah Raya bagi simpanan di KWSPBORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN AMANAHPENGESAHAN AKAUN BANK PENERIMABORANG PENUTUPAN AKAUN AMANAHAMANAH ATAS TALIAN
Every Trust Account is bound by a Trust Deed which contains the terms and conditions of a Trust Account, including the duties and responsibilities of the Trustee towards the account.
Apa itu Surat Ikatan Amanah?
 

Setiap Akaun Amanah tertakluk kepada Surat Ikatan Amanah yang mengandungi terma dan syarat Akaun Amanah termasuklah tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah terhadap akaun tersebut.

Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Surat Ikatan Amanah.

Hubungi kami
Mengapa AmanahRaya?
 

AmanahRaya merupakan syarikat peramanahan dan pewarisan utama di Malaysia. Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama lebih 90 tahun, kami mampu menguruskan aset anda secara profesional. Dengan kepakaran yang dimiliki, jumlah pelanggan yang ramai dan rangkaian rakan niaga yang luas, kami yakin mampu memberikan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

 

 
With nearly 100 years in the business, AmanahRaya is the leading authority on Trust Accounts in Malaysia.
Kelebihan Akaun Amanah di AmanahRaya
 

Selamat dan terjamin

Harta Amanah melindungi penerima daripada sebarang bebanan dan tuntutan pemiutang

Amanah bukan sebahagian daripada Pusaka

Harta Amanah bukan sebahagian daripada Pusaka, ia perlu diagihkan kepada penerima yang berhak dan perlu ditadbir berdasarkan Surat Ikatan Amanah

Melindungi penerima yang dihajati

AmanahRaya melindungi kepentingan penerima bawah umur dan orang kelainan upaya

Pulangan pelaburan

AmanahRaya melabur Harta Amanah dan memberi pulangan pelaburan yang kompetitif

Perkhidmatan setempat

AmanahRaya merupakan Pusat Setempat bagi melaksanakan Perancangan Pewarisan anda yang meliputi perkhidmatan Wasiat, Amanah dan Pusaka

Berpengalaman dan profesional

Berbekalkan pengalaman lebih 90 tahun, AmanahRaya mempunyai barisan kakitangan yang profesional,prihatin dan berdedikasi bagi memenuhi keperluan anda