Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
 
Jika anda meninggal dunia tanpa berwasiat, Pusaka anda mungkin tidak dapat diserahkan kepada penerima yang dihajati.
 
Pusaka merangkumi semua aset tak alih (rumah atau tanah) dan alih (akaun bank, saham, kereta dan sebagainya) yang didaftarkan di atas nama simati. Aset tersebut hanya akan dibahagikan setelah hutang piutang, belanja pengkebumian dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran berkaitan kematian diselesaikan.
 
Jika anda mempunyai Wasiat yang sah, anda dikategorikan sebagai ‘meninggal dunia dengan Wasiat’ di mana segala kemahuan dan arahan anda dinyatakan dengan dengan jelas di dalam Wasiat tersebut.
 
  • Wasiat hanya berkuat kuasa setelah anda meninggal dunia.
  • Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas dan sempurna akal layak membuat Wasiat.
  • Wasi atau Pentadbir adalah individu atau organisasi yang dilantik untuk memastikan hasrat anda dilaksanakan mengikut Wasiat anda dan undang-undang terpakai.
  • Wasi bertanggung jawab menguruskan keseluruhan proses pentadbiran pusaka anda.
  • Wasiat yang dirancang dengan baik akan memastikan kebajikan waris anda diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.
  • Wasiat memberi hak kepada anda untuk memilih penjaga yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan anak-anak anda terutamanya yang di bawah umur dan orang kelainan upaya selepas anda meninggal dunia.
 
AmanahRaya menawarkan perkhidmatan Wasiat bagi Orang Islam dan Bukan Islam.
Untuk Orang Islam
  • Wasiat membolehkan anda memperuntukkan 1/3 daripada harta anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
  • Tanpa Wasiat, semua harta anda akan diagihkan mengikut Faraid atau mengikut pemuafakatan waris.
 
Untuk Orang Bukan Islam
  • Wasiat membolehkan anda mengagihkan kesemua asset anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
  • Tanpa Wasiat, harta anda akan diagihkan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau mengikut pemuafakatan waris.
 
Pilihan anda kini menentukan masa hadapan orang yang tersayang

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI WASIAT?

YA
 

AmanahRaya sebagai Wasi yang dilantik akan melaksanakan Wasiat sebagaimana diarahkan

AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa atau memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi

AmanahRaya mengagihkan Pusaka mengikut arahan yang terkandung di dalam Wasiat

 
TIDAK
 

Waris perlu memohon Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi untuk melantik Pentadbir

Waris perlu meneliti/mengumpul maklumat dan dokumentasi berkaitan aset serta liabiliti simati

Waris perlu membuat pengesahan jumlah aset dan hutang simati dengan pihak ketiga dan menyediakan Penyata Akaun Pusaka yang lengkap sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Akta Probet dan Pentadbiran 1959

Waris perlu memohon Surat Kuasa dari AmanahRaya/Perintah dari Pejabat Pusaka Kecil/Surat Kuasa dari Mahkamah Tinggi Sivil

Pentadbir perlu mengumpul aset dan menyelesaikan hutang simati

Pentadbir mengagihkan aset menurut Faraid atau Akta Pembahagian 1958 atau mengikut pemuafakatan waris.

AmanahRaya’s end to end comprehensive will services
KHIDMAT WASIAT MENYELURUH AMANAHRAYA

Berbekalkan pengalaman lebih 100 tahun, AmanahRaya menawarkan Perkhidmatan Wasiat secara profesional dan bertauliah. Melalui rangkaian seluruh Malaysia, kami memberikan jaminan dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.

PENULISAN

  • Penulis Wasiat profesional dan bertauliah
  • Khidmat nasihat percuma
  • Tiada fi tersembunyi.

PENYIMPANAN

  • Penyimpanan Wasiat sepanjang hayat
  • lokasi penyimpan yang dijamin selamat dan dipercayai.

PELAKSANAAN

  • Diberi kuasa untuk melaksanakan proses perundangan
  • Tidak perlu melantik peguam
  • tertakluk di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
Kelebihan Wasiat di AmanahRaya
 

Berpengalaman dan profesional

AmanahRaya mempunyai pengalaman lebih 90 tahun di dalam Perancangan Pewarisan

Tiada sebarang konflik

AmanahRaya merupakan sebuah institusi yang tidak mempunyai kepentingan lain dan adil dalam melaksanakan Wasiat anda

Jaminan kerahsiaan

AmanahRaya mempunyai tahap integriti dan kerahsiaan yang tinggi

Mempercepatkan proses

AmanahRaya memberikan perkhidmatan secara komprehensif bagi memudahkan proses Pentadbiran Pusaka anda kelak

Memenuhi keperluan anda

AmanahRaya berupaya memenuhi keperluan anda berdasarkan arahan di dalam Wasiat

Khidmat nasihat secara profesional

AmanahRaya menawarkan khidmat nasihat secara profesional berdasarkan keperluan anda dan undang-undang diri