Mengenai Amanah Raya Berhad
Kami komited di dalam menawarkan perkhidmatan Pengurusan Pewarisan kepada masyarakat di samping memperkukuhkan perniagaan di dalam pelbagai portfolio melalui produk dan perkhidmatan yang berinovatif agar mampu mengekalkan tahap kecemerlangan operasi.
Melalui gabungan kepakaran dan kompetensi yang dimiliki oleh kakitangan kami serta dikawal selia oleh peruntukan dalam Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, kami sentiasa berusaha memenuhi keperluan masyarakat bagi melaksanakan perancangan terbaik untuk keluarga anda.
Kami juga bekerjasama dengan berbagai agensi kerajaan dan rakan strategik termasuk bank-bank utama serta institusi kewangan bagi menawarkan penyelesaian holistik berkaitan Pengurusan Pewarisan tanpa mengambil kira tahap kompleksiti permasalahan tersebut.

Menjadi sebuah institusi pengurusan pewarisan yang dipercayai, cemerlang dan professional di samping memenuhi tanggungjawab sosial korporat.
- Memperkukuhkan tadbir urus korporat.
- Mempamerkan kedudukan kewangan yang stabil.
- Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
- Mengamalkan budaya prestasi tinggi.
- Meningkatkan kecekapan melalui transformasi digital.
• Pengetahuan Memahami dan mempunyai pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan AmanahRaya serta bidang lain yang berkaitan bagi mencapai hasil yang positif secara berkesan dan efisyen.
• Integriti Untuk mendukung amanah pelanggan dengan menunaikan tugas kita secara adil, jujur dan ikhlas.
• Kebanggaan Berasa bangga kerana dikaitkan dengan AmanahRaya serta produk dan perkhidmatannya.
• Kerja Berpasukan Usaha bersama untuk mencapai matlamat AmanahRaya.
• Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan Untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang secara berterusan.